Tuesday, 25 November 2014

Part Time di Tamu Gadang UMS & Dafi

Assalamualaikum :D

last week konvo UMS, hurm,. well time ni kengkawan batch aku ramai y datang konvo tapi aku x sempat pun nak jumpe depa coz aku dok buzy ngn tamu gadang. huhu 
aku buzy kat tamu gadang. tapi ada jugak kengkawan y memang BFF la! sanggup dtg 1B jumpe aku,., 


love u guys, thanz for cominggg., 


actually aku x sangka pun aku akan wat part time kat tamu gadang. tapi alhamdulillah, utk tambah duit poket dan pengalaman kn,

aku wat part time ngn kak Farah. akak ni bleh kira cam senior aku gak coz dy pun alumni UMS. budak hotel management. 

well, agak best jugak aku wat part time ni coz dafi dtg kt booth kita org. huhu., booth aku jual produk2 liv young. yang dafi jadi duta, so sebab tu la dy datang,.


walaupun agak penat, but this is really great experience, got change to meet great people. really thankful for this moment. :)

this weekend aku pn akan wat part time dgn kak Farah ni tp kat 1b je., so memang dekat la dgn ak. so yang ada bdekatan bleh datang d lobi novotel 1 Borneo. see u guys soon.

*btw, aku da dpt duit ptptn y bzaman aku tunggu tuuuu., alhamdulillah lega ase.

bye! 


Thursday, 6 November 2014

Sistem pengurusan UMS yang teruk

Assalamualaikum.,

well,., still pasal isu PTPTN aku,., hurmm., tiap ari ok aku kol PTPTN ngn UMS update pasal PTPTN aku,. tapi dari 2 minggu lepas status still menunggu result dr UMS.,

yang aku geram sangat dengan UMS ni, last week aku tiap2 ari d BPA tanya,., pastu maybe akak tu fed up kot tgok muka aku,., dia suruh kol je,., tapi bila aku kol,., jangan harap ok nak angkat,.,

skarang ni ape yang aku rasa., aku x sabar nak bla dr UMS, even sampai konvo nanti pn aku xnak ah dtg.,sambung master kt UMS?? memang x kn lah!! and aku memang tak kan suggestkan UMS kat kaum kerabat aku,.,

gerammmmmm,,,

Thursday, 30 October 2014

Pengurusan PTPTN dan UMS yang menyusahkan pelajar!

Assalamualaikum,.,

Hari ni aku nak mengadu pasal PTPTN ., huhuhu.., sedih betul aku dperlakukan macam ni, mentang2 lah aku ni pemimjam,, aku x nak bayar nanti baru tau! huh,., geram aku,., kalau salah aku, aku terima la,., ni bukan salah aku masalahnya,,

story nya begini,., aku dah settle kn segala borang2 dari sem lepas lg,., aku ulang alik g HEP, kol hospital yang aku admit waktu excident dulu mintak surat pengesahan yang PTPTN nak,. and macam2 lg surat lahhhhhh., so aku memang settle awal coz x nak ada pe2 masalah sem ni,.,

ok a few week before start sem masalah dah tiba,., borang perakuan yang aku anta a month ago, PTPTN kata x dapat dikesan ok! mula2 bg tau nanti dia org cari,. then, aku kol lagi tanya da jumpa ke? boleh plak kata still dalam proses mencari,, proses ke belum cari lg ha???

so aku geram sgt ni,. kebetulan plak aku mmg balik KK awal aritu, so aku anta by hand je kt Pejabat PTPTN KK tu,., then seminggu lepas tu ak kol lagi PTPTN follow up. Dia siap cakap yang aku akan dapat duit PTPTN tu dalam bulan 10. then aku tanya lg, so memang settle la ni kan,., just tunggu duit kn? she say YES ok.,

so aku yang lega ni menanti dan menantiii., sampai la hujung bulan 10., aku still x dapat2 lg duit., ok aku sabar lg,., aku kol PTPTN tanya, then PTPTN cakap UMS yang x hantar result aku, ok so petang tu aku g la BPA UMS tanya,. then BPA cakap petang ni jugak dia email PTPTN.,

tapi aku memang da masak sangat ngan perangai UMS ni,., so esoknya aku kol lagi PTPTN, masih xda lg UMS anta., so pe lagi, aku g la lagi BPA., BPA cakap tengah tunggu status dr PTPTN,.,
ape yang BODOH sgt PTPTN ngan UMS ni aku pn x paham,., so aku sabar lg,. aku kol PTPTN,. PTPTN cakap nanti dia kol HEP UMS,.,

ishhhhhhhhh sakit tol hati aku ngn PTPTN + UMS ni,.,
2 ari aku menangis,., nangis sesan sedih kena naya ngn PTPTN + UMS macam ni,., mana tak nya, aku dok bharap duit PTPTN tu,., memang la lau aku kol parent aku, dapat je duit, tapi aku x biasa macam tu,  aku ni anak sulung, so mmg kalau boleh x nak harapkn duit parent wlaupun aku taw depa akan bagi nya la duit kt aku lau aku mintak.

So, bakal2 pemimjam PTPTN, sediakan mental dan fizikal utk hadapi segala kemungkinan nanti.
skarang ni tiba2 aku pasang cita2 xnak bayar hutang PTPTN.,,hahaha

hati tengah marah,., so mmg macam2 la aku sumpah,. nasib baik ada mak aku ya slalu kol,., pesan,., sabar la,.,

so for now, aku memang teruskan aktiviti aku yang sentiasa kol PTPTN & g BPA UMS,., bia la nak menyampah tengok aku,, y penting settle semua benda ni.,

aku pn wat gak aduan online tu,., aku nak wat tiap2 ari,., lantakkk,., bg penuh inbok PTPTN tu., lagipn lau wat online wifi UMS , free,., nak kol makan kredit aku,., hhahahaha

ok la,, macam karangan BM SPM plak aku ase,. hahaha
bye,.,!

Wednesday, 8 October 2014

My new baby- byhazzuRamli


Alhamdullah,., da 2 tahun bjinak2 dengan bisnes online, skarang ni lagi serius, nama x bleh bla byhazzuramli gitu,., huhu

for now baru start jual telekung travel and sim kad Red One,. insya Allah coming soon nk design bunga untuk jual time konvo UMS, so membe2 y nk konvo jgn lupa k beli bunga kt ak,., ak nk bagi kt korang mmg x kn la,., hahahaha

so korang, tolong doakan bisnes ak ni sukses, excellent, mana tw brand hazzuRamli ni famous mcm AdiJuma,. aminnn.,

jenguk2 la fb page n insta ak ye,. tQ!

Friday, 12 September 2014

super senior di UMS

assalamualaikum :)

selesai pun first week d ums as a super senior,.huhuhu hurrmm act life aku sgt2 la sukar kt ums sem ni, yela aku kn student extend, tapi bukan sebab aku fail subjek ok! ni sebab aku pernah excident 2 tahun lepas & terpaksa tangguh pengajian 1 sem.

so this sem aku memang xda kawan, kawan2 aku dok pakat buzy praktikal & x lama lagi depa nk konvo,, aku just mampu tgok jela T_T ,,

selalu aku ckp dekat hati ni, xpe xpe. lain orang lain jalan dy lain, mybe jalan aku lambat sikit tapi t ada hikmah untuk aku one day nanti,. in sya Allah :D


Thursday, 4 September 2014

SABAH!!!



honestly, masa aku dapat tawaran ke UMS KK ni, aku isau jugak,. tapi xda la risau sampai terfikir umah atas pokok... tapi aku risau selepas 3 tahun baru aku boleh balik pahang,., tp last2 setiap 2 bulan skali aku balik,. hahaha,, pernah jugak selang 2 minggu aku balik,., hahaha

sekarang ni last semester, huuuu,., macam2 rasa, x sabar, sayang nk tinggalkan Sabah pun ada,. dekat sini la macam2 memori yang aku dapat,, kawan pun ramai.,,

tapi aku memang x faham dengan junior , bila dapat je sambung blaja d UMS,. macam2 kutuk Sabah, yang aku x boleh bla, ada ke patut kata g kelas naik sampan?? selama aku g kuliah xda plak naik sampan,. berenang ape la lagi,., mcm2 lagi la y komplen,. kalau korang nak taw., google la yek, x kuasa la plak aku nak letak kt blog aku,., hahahaa

aku syak depa ni x pernah pun datang Sabah,., t bila datang Sabah baru terbeliak biji mata tu., even mat salleh pun berebut datang melancong kat sini,,, 

sepanjang aku stay kat Sabah ni, alhamdulillah, berjalan jugak la aku ke Pulau Manukan, Kota Belud, Kundasang, Sandakan.,, ni pun byak tempat lagi aku x gi,., xpe simpan utk honeymoon,. ehhhh,. hahaha

xda la mati kutu kat sini,., enjoy je,., so korang jangan la piki macam2 pasal Sabah ni,., datang dulu baru update status kt fb ye :)

Monday, 1 September 2014

Trip to Sandakan

Assalamualaikum :D

for last sem ni aku balik UMS awal konon2 nya nak join program stayback , tapi malangnya ada problems yang tiba2 dan x boleh  diterima akal, aku x jadi join,, eh aku join tapi sehari je,., huhuhu

so, aku pn terpaksa la stay d Indah Permai (IP), rumah P.cu & M.cu kawan aku sementara tggu date untuk check in ostel, alhamdulillah,., diaorang tolong aku tumpangkan tempat tinggal, bagi aku makan, tQ!

dalam aku tunggu nak check in ostel, M.cu ajak aku join diaorang 1 family g Sandakan untuk attend wedding anak kawan P.cu, mula2 segan jugak tapi memikirkan orang dah ajak kn, so aku join jela, lagipun kawan aku Wani pun ikut sama.

ni second time aku ke Sandakan, dulu aku pernah g time join trip Kolej Usia,

on the way nak ke Sandakan, kami singgah d Pekan Nabalu, even ni kali ke enam aku g Kundasang, ni first t time aku singgah Pekan Nabalu,, sejukkkkkk

kat sini kami makan breakfast + lunch.

budak kecik dalam pic ni anak bongsu M.cu, Wina!, nak jugak menyelit,. huhuhu


hepi!




dengan anak2 m.cu,


haruslah bgambar sorang,., haha!


jom makann,., yang tudung merah tu M.cu,, tQ m.cu masak, serius sedap! bertambah2 aku makan


yang lelaki ni plak anak sulung m.cu,, x faham aku bila ambik pic mesti muka dia seriusss,, rosak gambar i taw Hakim oi,,, senyum sikit bahh.

kami gerak dalam kol 8 lebih x silap aku, sampai Sandakan mcm dah nak senja, huhuhu mana x nya , banyak plak kete , yang x tahannya lori pun blambak!

Majlis akad nikah esoknya, so malam tu kami g makan kat Sim Sim ( Sim Sim ni femes dgn makanan laut and sangat murah) lepas tu balik hotel tidur ZzzzZZzzzz..

______________________________________________________________________________

esoknya pagi2 kami bersiap2, breakfast dalam hotel before gerak g rumah pengantin perempuan, kami rombongan pengantin lelaki


acara wajib, selfie dulu,. hahaha




lagi,,,,



dan lagiii,,,


ha tengok ni,, x faham aku dengan hakim, mesti muka serius., ish ishhh


y lelaki baju purple tu P.cu! semangat dia ngan Hakim pakai baju Melayu, sampaikan ramai yang ingat dia bapak pengantin, mana x nya, bapak pengantin pn x pakai baju Melayu, hahaha


haa,., ni la pengantinnya, majlis simple giler tapi elegan nak mati,. umah pengantin perempuan ni sangat2 la cantik,. congrat both of u!


_________________________________________________________________________________

habis je majlis tu, kami ke Taman Buaya plak bawak budak2 ni tengok buaya, 



hurmm, ok balik ni kena diet, kesian En. Buaya sampai ternganga2 tahan berat aku,., hahaha

 

lepas je balik dari taman buaya, kami balik ke Hotel, siap2 coz malam tu kena gerak ke umah sepupu P.cu, dinner, sumpah memang sedap,, makan & makan lagi, lepas dinner, breakfast esoknya pun kat rumah sepupu P.cu tu, serius sedap weh, aku makan sampai memang lupa nak tangkap pic,. huhu
lepas tu dalam tengah hari jugak kami gerak balik ke KK.

tQ P.cu M.cu bawak saya ikut, dalam kereta P.cu x abis2 suruh delete memory pasal anak2 dy nakal, hahahaa . bagi aku normal la tu budak,., zaman aku dengan adik beradik aku dulu pun lebih kurang je, cuma bapak aku super duper garang,. berani ko nak nangisss,, dok luar umah,.  kalau lambat sikit bapak aku tinggal je,. tapi aku x pernah la kena, adik aku no 3 tu pernah skali kena tinggal., hahaha